Pengenalan

Pengenalan

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Thursday 14 April 2011

Panduan Ringkas Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan


Panduan ringkas ini bertujuan untuk memudahkan pegawai yang terlibat dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan di pejabat dalam mengenapasti keperluan dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan persekitaran pejabat berada dalam keadaan selamat dan kondusif serta mematuhi Akta Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) OSHA 1994.


Kaedah panduan adalah dengan mengemukakan persoalan-persoalan dalam perkara-perkara yang berkait rapat dengan isu-isu keselamatan dan persekitaran pekerjaan di mana ianya dapat membantu bagaimana pelan tindakan diambil bagi mewujudkan persekitaran pejabat yang selamat, ceria, bersih dan kondusif.

Sangat mudah untuk difahami. Untuk mendapatkan Panduan penuh sila klik di SINI

SHARING IS CARING!

Thursday 7 April 2011

Jenis Penyakit Di Tempat Kerja


Jenis Bahaya Kerja

Bahaya Fizikal
Suhu Melampau
Elektrik
Mekanikal
Sinaran
Getaran
Tekanan Hipobaric / Hyperbaric
Kebisingan
Iluminasi


Bahaya Kimia
Asid / alkali.
Anasthetic Gas
Pelarut
Ubat Cytotoxic
Desinfektan @ Disinfectant


Bahaya Biologi
Virus
Kulat
Bakteria
Plasmodium
Protozoa


Bahaya Ergonomic
Gerakan Berulang
Cedera otot
Angkat Berat


Bahaya Psychososial
Stres Pekerjaan
Ubat-ubatan dan kecanduan zat
Depresi, gangguan kecemasan
Gangguan seksual

Tuesday 5 April 2011

Kewajipan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)

Adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan –

(a)
untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab
bagi sesuatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil
bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil
kerja di tempat kerja itu;

(b)
untuk memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa
jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis
kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan
kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat
kerja;

(c)
untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kamalangan nyaris, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di
tempat kerja;

(d)
untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan,

jika ada, menurut peraturan 11 Peraturan-Peraturan Keselamatn dan
Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan an Kesihatan) 1996
dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di tempat kerja;

(e)
untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
jika ada, sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 6(2)
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan) 1996, dan melaksanakan semua fungsi
setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan itu;

(f)
untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam
mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa
keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;

(g)
untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-
apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit
pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;

(h)
untuk membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipannya di
bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta; dan

(i)
untuk menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oelh majikan atau
mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa
perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

Maklumat / Info dari :
 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
(PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN)
1997

Monday 4 April 2011

Prinsip Perangkaan Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan 1994

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
§  Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik.
§  Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan.
§  Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja.
§  Dasar/Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja.
§  Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
§  Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan.
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

Sejarah Penubuhan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

Insiden letupan kilang Bright Sparkler di Sungai Buloh :