Adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan –
(a)
untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab
bagi sesuatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil
bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil
kerja di tempat kerja itu;
(b)
untuk memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa
jentera, loji, peralatan, bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis
kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan
kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat
kerja;
(c)
untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kamalangan nyaris, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di
tempat kerja;
(d)
untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan,
jika ada, menurut peraturan 11 Peraturan-Peraturan Keselamatn dan
Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan an Kesihatan) 1996
dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di tempat kerja;
(e)
untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
jika ada, sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 6(2)
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan) 1996, dan melaksanakan semua fungsi
setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan itu;
(f)
untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam
mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa
keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
(g)
untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-
apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit
pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
(h)
untuk membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipannya di
bawah Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta; dan
(i)
untuk menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oelh majikan atau
mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa
perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
Maklumat / Info dari :
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
(PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN)
1997