Pengenalan

Pengenalan

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Monday 4 April 2011

Prinsip Perangkaan Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan 1994

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
§  Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik.
§  Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan.
§  Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja.
§  Dasar/Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja.
§  Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
§  Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan.
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

1 comment:

  1. 3 prinsip utama yang diambil sebagai asas di dalam menggubal Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    ReplyDelete